UNIT 12 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Sekolah ialah sebuah institusi yang memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai
persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan kelak.
Persekitaran dalam konteks kajian ini membawa maksud kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut. Sebagaimana pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga berperanan membangkitkan semangat motivasi pelajar.
PERSEKITARAN FIZIKAL
- Susunan dan reka bentuk fizikal
- Sumber bahan pembelajaran
- Pencahayaan
- Ruang atau sudut pembelajaran
- Pengudaraan
- Perabot
- Kebersihan
PERSEKITARAN DAN PSIKOSOSIAL
- Suasana selesa dan mesra
- Suasana yang merangsang pembelajaran
- Mengalakkan pembelajaran koperatif
- Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
CIRI-CIRI IKLIM KELAS YANG KONDUSIF
- Hubungan saling menghormati antara guru dengan para pelajarnya
- Kesukarelawan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan kelas yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
- Perasaan kekitaan yang timbul di antara para pelaajr dan guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
- Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran
- Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
- Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat
- Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar
PERANAN SEKOLAH KEPADA MASYARAKAT
- Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanakbelajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka.
- Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor.
- Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.
Comments
Post a Comment